Quality Committee (5S)

 

 

Logo 5S UUM Press

Apa itu 5S?

Bahasa Melayu

Bahasa Jepun

Bahasa Inggeris

Sisih

Seiri

Sort

Susun

Seiton

Set in order

Sapu

Seiso

Sweep

Seragam

Seiketsu

Standardisation

Sentiasa Amal

Shitsuke

Self Discipline

Seiri / Sisih
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Seiton / Susun
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan.

Seiso / Sapu
Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai, mesin dan peralatan.

Seiketsu / Seragam
Seragamkan atau memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso.

Shitsuke / Sentiasa Amal
Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat kerja.

 

Objektif

  • Memastikan Kualiti dan Inovasi dilaksanakan dan dibudayakan oleh semua kakitangan UUM Press.
  • Mewujudkan permuafakatan dan semangat yang tinggi dalam menjalankan tugas di UUM Press.

 

Misi

Menjadi pusat penerbitan yang membudayakan amalan Kualiti dan Inovasi

 

Visi

Melangkah ke arah pembudayaan, inovasi dan kreatif dalam pengamalan Kualiti dan Inovasi

 

Dasar & Amalan 5S

  • Kualiti dan Inovasi menjadi amalan harian bagi staf UUM Press.
  • Memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat sentiasa kemas, bersih dan teratur.
  • Memastikan UUM Press bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

 

Polisi 5S

Kami berjanji akan sentiasa meneruskan amalan persekitaran berkualiti (Kualiti dan Inovasi) dalam kehidupan harian dan persekitaran kerja secara berkumpulan dan mendisiplinkan diri mengikut prinsip-prinsip berikut:

  • Meningkatkan produktiviti.
  • Kerja lebih cepat.
  • Kerja lebih selamat.
  • Keutamaan pelanggan.
  • Mewujudkan budaya kaizen dalam kalangan warga kerja UUM Press.
  • Mengekalkan tahap disiplin yang membanggakan.

Hari 5S

Setiap Khamis 3.00 hingga 3:30 petang adalah masa menjalankan aktiviti 5S bagi staf yang terlibat.

 

Carta Jawatankuasa 5S

 

Pencapaian Penialaian Kualiti dan Inovasi (5S) Peringkat Universiti

2019 – Tempat Ketiga

2015 – Johan

2014 – Naib Johan

2013 – Naib Johan

2012 – Tempat Ketiga