New Release

 

pembangunansosialPembangunan Sosial Mengikut Perspektif Islam

Editor: Md Zawawi Abu Bakar, Norzalinda Mohd Ali Hanafiah & Ahmad Zubir Ibrahim, 2020

ISBN 978-967-2363-32-3, 204 hlm., RM40.00

buynow

Buku ini menjelaskan peranan agama Islam sebagai asas amalan dan mekanisme dalam pembangunan sosial di Malaysia. Terdapat pelbagai isu sosial dibincangkan seperti kelahiran anak tak sah taraf, perkahwinan bawah umur, isu nasab, kemiskinan dan sebagainya.

Justeru, buku ini cuba menerangkan bahawa spiritualiti dan agama mampu menjadi mekanisma dalam merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. 11 bab dalam buku ini dicerakinkan kepada dua bahagian utama. Bahagian A: Spritualiti dan Agama dalam Perkhidmatan Kemanusiaan mengandungi enam bab utama. Manakala Bahagian B: Keusahawan dan Zakat Pemangkin Kebajikan Ummah mempunyai lima bab. Kupasan dan penjelasan buku ini mengenai aspek spiritualiti dan agama dalam pembangunan sosial mampu menjadi pemangkin dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

 


 

cabarandisiplinCabaran Pengurusan Disiplin Sekolah Masa Kini

Rahida Aini Mohd Ismail & Mohd Ismail Othman, 2020

ISBN 978-967-2363-16-3, 173 hlm., RM35.00

buynow

Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat dan kewujudan dunia tanpa sempadan seterusnya meningkatkan lagi cabaran dalam alam pendidikan. Dalam menempuh cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini, pengetua, para guru, kakitangan sekolah, pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG), ibu bapa, masyarakat, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan (NGO) termasuklah para pelajar sendiri perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha membentuk pelajar berdisiplin.

Buku ini membincangkan masalah pengurusan disiplin pelajar dengan memberikan panduan asas dan praktikal tentang disiplin dan pengurusan disiplin untuk membantu pihak sekolah, para guru dan golongan pendidik terutama yang masih bertugas di sekolah, IPTA dan IPTS, termasuklah ibu bapa untuk sama-sama menangani masalah disiplin di sekolah mahupun di rumah demi kepentingan pendidikan di negara ini.

Buku ini sesuai dijadikan panduan oleh para guru dan golongan pendidik, pensyarah di IPTA dan IPTS dalam menangani masalah disiplin para pelajar dan juga sesuai untuk rujukan ibu bapa.

 


pengajaranStrategi Pengajaran dan Pembelajaran

Editor: Mohd Isha Awang & Nurulwahida Hj Azid @ Aziz, 2020

ISBN 978-967-2363-36-1, 156 hlm., RM30.00

buynow

Buku Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ini mengandungi enam topik menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan buku ini mendedahkan pembaca daripada aspek pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran sehinggalah kepada pentaksiran pembelajaran.

Di samping itu juga, perbincangan aspek komunikasi dan teknologi maklumat, kebimbangan dan strategi bermain turut dikupas dengan menarik. Kandungan dan susunan yang digarap dengan bahasa yang mudah oleh penulis yang terdiri daripada tenaga akademik berpengalaman di Universiti Utara Malaysia sesuai menjadi rujukan kepada para pendidik dan bakal pendidik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi mahupun institut pendidikan guru.

 


qualitataiveEd2Qualitative Research: Data Collection and Data Analysis Techniques -2nd Edition

Puvenesvary Muthiah, R. Sivabala Naidu, Mastura Badzis,Noor Fadhilah Mat Nayan, Radziah Abdul Rahim & Noor Hashima Abdul Aziz, 2020

ISBN 978-967-2363-41-5, 193 pages, RM40.00

buynow

Qualitative Research: Data Collection & Data Analysis Techniques (2nd Edition) has been systematically revised with additional content, more in-depth explanations, and latest references to enhance the knowledge and skills required for those interested in conducting qualitative research.

The reader-friendly organisation and writing style of this edition provides guaranteed accessibility to a wide array of readers ranging from established scholars to novice researchers and undergraduates.

Each chapter in this edition is set to provide a clear, contextualised and comprehensive coverage of the main qualitative research methods (interviews, focus groups, observations, diary studies, archival document analysis, and content analysis) aimed at equipping readers with a thorough understanding of the design, procedures and skills to effectively undertake qualitative research. At the same time, the authors have anticipated major concerns such as ethical issues that qualitative researchers often face and addressed them in the various chapters.

This effort has been made possible through the collaboration involving notable qualitative research scholars from different tertiary institutions – Assoc. Prof. Dr. Puvensvary Muthiah (ELT Consultant), Dr. R. Sivabala Naidu (Taylor’s College), Assoc. Prof. Dr. Mastura Badzis (International Islamic University Malaysia), Dr. Radziah Abdul Rahim (formerly attached to National Defense University of Malaysia), Dr. Noor Fadhilah Mat Nayan (University of Reading), and Assoc. Prof. Noor Hashima Abd Aziz (Universiti Utara Malaysia).

 


linguistikterapanLinguistik Terapan Daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan

Editor: Hishamudin Isam, Mashetoh Abd Mutalib & Zamimah Osman, 2020

ISBN 978-967-2363-13-2, 165 hlm, RM30.00

buynow

Buku Linguistik Terapan daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan mengandungi 10 bab terpilih yang membincangkan isu-isu linguistik hasil penyelidikan daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik seperti bidang semantik dan pragmatik, analisis wacana, psikolinguistik, sosiolinguistik dan terjemahan. Buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan variasi bentuk penggunaan bahasa dengan kepelbagaian tujuan, medium penelitian, aspek tujahan serta data yang digunakan oleh pengguna.

Tunjang kekuatan buku ini adalah dari segi cara penghujahannya yang diadun secara empirikal dan saintifik oleh peneliti dan pengkaji bahasa, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk memahami perilaku penggunaan bahasa oleh pengguna secara nyata. Buku ini juga diharap dapat dijadikan pemangkin dan pencetus semangat kepada kumpulan penyelidik baharu yang baru hendak berjinak-jinak terjun ke dunia penyelidikan, dalam usaha memugar bahasa dari aspek pengguna dan penggunaan

 


geogebra2Perisian Dinamik Geogebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 2

Khor Mui Kim & Ruzlan Md Ali, 2020

ISBN 978-967-2363-27-9, 187 hlm., RM30.00

buynow

Pelajar generasi Z merupakan golongan remaja yang berfikiran pantas, suka kepada cabaran dan handal menggunakan pelbagai gajet teknologi untuk mencari maklumat dengan pantas, menyelesaikan masalah pembelajaran dengan pantas dan tidak terlalu bergantung dengan pengajaran guru. Peranan guru telah berubah daripada seorang pengajar kepada fasilitator. Guru sudah kurang mengajar dan kurang berkuliah, peranan guru lebih kepada memberi pelbagai tugasan dan persoalan yang berunsur KBAT untuk mencabar kemampuan pelajar, menjadi pemudah cara untuk memandu pelajar belajar secara hands-on melalui bermacam-macam pengalaman dalam proses try and error.

Proses PdP matematik menitikberatkan pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran serta pembentukan nilai yang murni dan positif. Pengintegrasian teknologi amat diperlukan untuk membantu murid memahami konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat. Pembelajaran matematik melalui pendekatan penyelesaian masalah (problem based learning) dan pendekatan projek (project based learning) selaras dengan pendidikan STEM adalah diuar-uarkan.

Sama ada anda seorang pensyarah universiti, pensyarah IPG, pensyarah matrikulasi, pensyarah kolej, penuntut IPT, guru pelatih, pelajar, mahu pun murid sekolah menengah dan sekolah rendah, buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk mempelajari matematik berintegrasi teknologi. Dengan adanya buku ini, sudah pasti anda merasai keseronokan mempelajari matematik di samping mencungkil pemikiran kritis, kreatif dan inovatif anda semua ke arah KBAT dalam PAK21. Buku Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri Siri 2 pasti dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memiliki dan menghayatinya. Usahalah bersama demi kecemerlangan pendidikan kita.

 


geogebra1Perisian Dinamik Geogebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 1

Khor Mui Kim & Ruzlan Md Ali, 2020

ISBN 978-967-2363-31-6,  107 hlm., RM30.00

buynow

Buku Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri Siri 1 dihasilkan sebagai buku bersiri yang pertama merupakan permulaan untuk memberi pengenalan kepada para pelajar dan pendidik tentang penggunaan perisian teknologi ini sebagai sumber pendidikan dalam pengajaran dan pendidikan (PdP) Matematik.

Kandungan buku ini bertujuan memberi bimbingan kepada guru dan murid dalam mempelajari matematik menggunakan sumber pendidikan perisian teknologi. Buku ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan para pendidik, sama ada di sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi, institut pendidikan perguruan dan institusi pengajian tinggi untuk memahami dan mempelajari konsep geometri melalui penggunaan perisian dinamik GeoGebra.

 

 


halalGlobal Halal Perspectives: Past, Present and Future

Editors: Risyawati Mohamed Ismail & Fatin Aiman Abd Latiff, 2020

ISBN978-967-2363-33-0, 165 pages, RM40.00

buynow

Halal has become more than just an eating habit of Muslims around the world in today’s global economy. It has evolved into a giant economic phenomenon which has affected the global ecosystem beyond the boundaries of religion, politics, culture and ethnicity. Politics, various halal businesses, social entities including geographical location play a part to reflect the complexity of the halal ecosystem.

Discussions on its various aspects are richly illustrated through interdisciplinary global perspectives from students and scholars working across disciplines: social sciences, religious studies, humanities and sciences. Global Halal Perspectives — past, present and future brings forth a special set of knowledge and information that even the public will find interesting. This book is the outcome of a research funded by the Ministry of Higher Education (MOHE) Malaysia through its Fundamental Research Grant Scheme (S/O 13246).

 


shaariShaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali Ke Laut

Mohd. Yusof Hasan, 2020

ISBN 978-967-2363-29-3, 623 hlm., RM60.00

buynow

Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia – Aku Sudah Kembali ke Laut memperlihatkan kedua-dua hemisfera pemikiran Shaari yang cemerlang dalam bidang sains melalui hemisfera otak kiri (hoki) dan bidang sastera melalui hemisfera otak kanan (hoka).

Tajuk kecil buku ini Aku Sudah Kembali ke Laut bermaksud suara hati simbolik arca ikan duyung yang sudah bebas dan merdeka seperti yang digambarkan pada awal novel Lepaskan Kembali Aku ke Laut.

Buku ini mengandungi dua bahagian bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada sejarah hidup Shaari Isa secara ringkas dan pendidikan dalam bidang sains, ekonomi, sosiobudaya, perakauan dan keusahawanan, bahasa Inggeris, politik dan ekonomi, kemajuan bangsa dan negara, kerohanian dan kemantapan Islam global. Bahagian kedua pula memberi tumpuan kepada pendidikan yang disampaikan melalui karya kreatif kesusasteraan, iaitu novel tentang pendidikan pengurusan, sejarah dan nasionalisme, dunia korporat, akhlak, moral dan etika, masalah remaja dan dadah, pendidikan tentang peperangan dan percintaan, hubungan kemanusiaan dan kisah drama pentas. Begitulah bidang pendidikan sains dan sastera yang diusahakan oleh Shaari Isa yang sangat relevan dengan sistem pendidikan di negara kita.

 


wasatiyyahWasatiyyah:  Konsep dan Pelaksanaan

Editor: Solahuddin Abdul Hamid, 2020

ISBN 978-967-2363-19-4, 226 hlm., RM35.00

buynow

Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan konsep wasatiyyah dalam aspek teori dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks negara Malaysia pada masa kini.

Penerbitan buku yang mengandungi himpunan 12 bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu mengandungi lima bab di bawah tema wasatiyyah sebagai satu gagasan. Pada bahagian dua di bawah tema perlaksanaan wasatiyyah dalam masyarakat mengandungi tujuh bab.

 

 

 


diri puisi dan interpretasiDiri Puisi dan Interpretasi

Azmi Rahman, 2020

ISBN 978-967-2363-30-9, 218 hlm, RM35.00

buynow

Diri puisi boleh diinterpretasi daripada pelbagai dimensi dengan menggunakan pelbagai alatan sastera. Di sebalik susunan aksara dalam puisi, terungkap pelbagai makna sama ada secara tersurat atau tersirat. Interpretasi diri puisi boleh dilakukan dari dimensi, misalnya keagamaan, bahasa, politik, kemanusiaan dan cinta. 

Buku yang memuatkan bab-bab berserta sebuah wawancara melalui e-mel antara penulis dengan Rimanilzah, seorang pelukis dan penyair siber membicarakan hal-hal interpretasi yang dimaksudkan itu. Namun, secara khususnya buku ini membincangkan, antaranya tentang citra, simbol, polisemi, sinisme, multimedia puisi siber, elemen jenaka, Asmaul Husna, kreativiti, anjakan paradigma dalam penggubahan puisi siber dan pengungkapan mesej perpaduan di Malaysia.

 

 


dinamikaDinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa

Editor: Mashetoh Abd. Mutalib, Zamimah Osman & Hishamudin Isam

ISBN 978-967-2363-28-6, 147 hlm., RM38.00

buynow

Buku Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa membincangkan isu-isu penggunaan bahasa dalam konteks yang pelbagai seperti matlamat kajian, medium penelitian sama ada lisan mahupun tulisan, bidang tujahan, variasi data yang diinterpretasikan dan dianalisis serta metodologi yang empirikal dan dinamik. Kekuatan buku ini ditunjangi dengan cara kepelbagaian kupasan data yang menyentuh aspek penggunaan bahasa yang mampu menterjemah idea, wahana dan buah fikiran sesebuah bangsa.

Buku ini juga dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan kepelbagaian penggunaan bahasa dalam memahami ekspresi budaya yang menjadi prinsip dan pegangan sesuatu komuniti bahasa dalam membentuk identiti sesebuah bangsa. Buku ini diharap dapat memberikan gambaran dan informasi berguna terhadap penggunaan bahasa, yang akhirnya dapat dijadikan sumber rujukan pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umum untuk menggunakan bahasa dengan baik dan berkesan.

 


 

issuesedeIssues and Challenges in Education

Editor: Faizahani Ab Rahman, 2020

ISBN 978-967-2363-34-7, 121 pages., RM30.00

buynow

Issues and Challenges in Education present collection of different issues in the teaching and learning in Malaysian contexts and offers classroom practice and to practicing teachers and researchers in education.

This book is written from the perspectives of lecturers and teachers to create interests on various educational issues. It captures and disseminates the current practices and perspectives in teaching and researching in the local context. As it deals with contemporary issues, this book should be of interest to academicians, professionals, researchers and tertiary students.

 

 


kepemimpinanKepemimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad Ke-21

Editor: Farah Mohamad Zain, Yahya Don & Yaakob Daud, 2020

ISBN 978-967-2363-21-7, 178 hlm., RM35.00

buynow

Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemimpin sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan gaya kepemimpinan bagi mengurus staf, guru dan pelajar yang kebanyakan mereka adalah generasi Y dan generasi Z. Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat keputusan, menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang berketerampilan bagi mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah untuk melahirkan insan cerdik pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda meneruskan pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga kerja bagi membangunkan negara.

 


inovasi1Inovasi dan Kreativiti Berteraskan Teknologi

Editor: Ruzinoor Che Mat, 2020

ISBN 978-967-2210-93-1, 161 hlm., RM34.00

buynow

 

Buku ini menekankan prinsip kreativiti yang merupakan salah satu daripada prinsip PCI-CTI. Dewasa ini, dengan berkembangnya perubahan teknologi yang mendadak, prinsip kreativiti dilihat amat penting dalam membantu produk-produk yang dihasilkan supaya lebih berdaya saing dan boleh diterima pasaran. Sekiranya dalam produk yang dihasilkan tidak menekankan prinsip kreativiti, maka sudah semestinya produk itu tidak akan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna.

Keseluruhan kandungan buku ini membincangkan inovasi terbaru yang melangkaui pelbagai horizon kreativiti termasuklah koswer pembelajaran, komunikasi visual, teknologi pembujukan, permainan mudah alih, dan kedekatan budaya. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan dapat dijadikan panduan dan bahan rujukan yang berguna pada setiap pembaca yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang kreativiti dalam produk inovasi.


 

mexcelMicrosoft Excel: Preparing Data, Analysing Data and Designing A Business Model – A Practical Guide

Yurita Yakimin Abdul Talib & Rosli Mohamad, 2020

ISBN 978-967-2363-20-0, 263 pages, RM40.00

buynow

Microsoft Excel: Preparing Data, Analysing Data and Designing a Business Model – A Practical Guide will be a useful manual for readers who intend to master various functionalities offered in a spreadsheet application. The module serves as a teaching material, mainly for accounting program students, lecturers, financial analysts, accountants, and other interested parties.

This textbook that comprises of eight chapters employs the Microsoft Excel, one of the most commonly used and popular spreadsheet applications, to demonstrate the applications of essential functionalities available in the spreadsheet applications. This application becomes one of the primary analytical tools in today’s business. Excel functions, if used wisely and effectively, are capable of transforming business data into meaningful and valuable information.

 


evalutingEvaluating the Malaysian Economy 2009 – 2018: Growth, Development and Policies

Irwan Shah Zainal Abidin, 2020

ISBN 978-967-2363-14-9, 219 pages, RM48.00

buynow

Malaysia was once on the cusp of becoming one of the ‘Asian Tigers’ as a result of the impressively high growth rates recorded in the early 1990s. From 1990 until 1997, the growth rate was above 9 percent per annum on average. This performance came to an end when the economy was struck by the 1997/98 Asian Financial Crisis, the worst economic crisis Malaysia has ever experienced since independence. Things eventually worsened with the onslaught of the 2008/09 Global Financial Crisis, which dragged the Malaysian economy yet into another round of a recession with the growth rate contracting at 1.5 percent in 2009.

On hindsight, these two events, which have had a substantial impact on the state of the Malaysian economy, pointed to several urgent calls for economic reforms, such as the need to address structural weaknesses of the economy and to have a growth target which is both sustainable as well as inclusive. When Datuk Seri Najib Razak became the sixth Prime Minister of Malaysia from April 2009 until May 2018, it was clear that a new approach to economic development for Malaysia had to be crafted. Towards this end, he introduced the National Transformation Policy (NTP), so that the economy can be transformed into one that is of high-income and developed status by the year 2020. He also set a new vision for Malaysia, also known as the 2050 National Transformation, or TN50, which is meant to chart a new course for Malaysia to move into the second half of the 21st century. How successful is this transformational agenda? What are the other issues and challenges which need to be addressed? What important lessons can we learn from this transformational journey? This book is an attempt to address these specific questions by assessing Najib’s economic plans, policies, programmes and vision which evolved during the nine years of his term as the sixth Prime Minister of Malaysia.

 


 

Download our current catalogue as PDF files.

Click here..