PUTRAJAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkul dua anugerah penerbitan journal bagi Anugerah Kementerian Pengajian Tinggi – Elsevier Research Excellence Awards yang membawa pulang wang tunai RM16,000, di sini, malam tadi.
Dua journal yang memenangi anugerah itu ialah Journal of Information and Communication Technology (JICT) dan Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI).
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, berkata kemenangan ini sangat dibanggakan kerana UUM mampu mengalaskan tanggungjawab menerbitkan journal yang berimpak tinggi dan berindek Scopus.
Katanya, anugerah ini membuktikan kalangan pensyarah UUM dapat memainkan peranan mereka dalam menghasilkan penyelidikan serta berjaya mengemudikan penerbitan yang berimpak tinggi dan mempunyai sitasi berindek Scopus.
Lebih 10 anugerah penerbitan Scopus dan Elsevier disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Samud kepada ahli akademik daripada pelbagai universiti dari seluruh negara.
Anugerah ini adalah untuk menghargai sumbangan ahli akademik yang menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi berindek Scopus. Kategori anugerah lain ialah Highly Cited Researchers dan High Impact Papers serta Scopus Journal Creme Award.
Mohd Foad berkata, UUM memenangi anugerah bagi Kategori Sains Sosial serta Sains dan Teknologi.
Malam anugerah ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir yang dianjurkan sempena Festival Idea Putrajaya anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, bermula 27 hingga 29 November 2024.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Russayani Ismail. (Gambar: Muhamad Rashid Khair)