All News

UUM PRESS: "Merdeka Best Zone" dan "UUM Press’s Waste Heroes"

Image

UUM PRESS: "Merdeka Best Zone" dan "UUM Press’s Waste Heroes"

Image
Image
Image

15 Ogos 2023

UUM PRESS:  "Merdeka Best Zone" dan "UUM Press’s Waste Heroes"

Pada 13 Ogos hingga 14 September 2023 yang lalu telah berlangsung aktiviti yang pertama iaitu  “UUM Press’s Waste Heroes” di mana aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memupuk rasa sayang dan cintakan alam sekitar melalui kaedah kitar semula barang buangan dan terpakai mengikut kategori yang ditetapkan.

Peserta yang menyertai aktiviti ini perlu mengumpul dan mengasingkan barang  dan dihantar ke IdamanXchange - Drive Thru Recycle Center (DTRC) di Varsity Mall, UUM sebagai pertukaran kepada wang ringgit. Peserta yang menerima jumlah pertukaran yang tinggi akan dipilih sebagai pemenang.

Tempat pertama dimenangi oleh Puan Siti Nor Hanieza Che Haron dengan jumlah pengumpulan  sebanyak 20.80 kg bahan terpakai. Pemenang tempat kedua  pula disandang oleh Puan Noor Dalilah Mohd Yunos dengan jumlah 18.00 kg diikuti dengan tempat ketiga dimenangi oleh  Puan Farah Mat Din dengan jumlah 3.3 kg.

Aktiviti kedua ialah Pertandingan “Merdeka Best Zone” yang berlangsung pada 17 Ogos dimana aktiviti gotong-royong serta pembinaan arca berkonsep garis masa kemerdekaan Malaysia dengan menggunakan bahan terbuang telah dijalankan. Bahan buangan seperti kotak, balang plastik, kertas dan tali dimanfaatkan untuk membina arca antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Bangunan Berkembar Petronas, Parlimen Malaysia, Wau Bulan, Robot Markonah dan Kereta Kebal. 

Penyertaan pada kali ini telah disertai oleh tiga zon iaitu Zon Dinamik, Zon Harmoni dan Zon Dedikasi. Aktiviti ini diadili oleh juri jemputan luar yang dilantik oleh pihak UUM Press sendiri. Pihak juri tediri daripada Tuan Haji Firdaus dan Puan Faizah Hashim. Keputusan juri adalah muktamad dan sebulat suara memilih Arca Menara Berkembar Petronas dari Zon Dinamik sebagai johan pertandingan. Naib johan pula dimenangi oleh Zon Dedikasi dengan arca yang dibina iaitu Parlimen Malaysia dan tempat ketiga dimenangi oleh Zon Harmoni dengan arca Wau Bulan dan Robot Markonah. Juri mengucapkan tahniah kepada UUM Press atas penganjuran aktiviti yang kreatif dan berinovasi ini.

Zon Harmoni

Zon Harmoni

Zon Dinamik
Zon Dinamik
Zon Dedikasi
Zon Dedikasi
Waste Hero - Puan Farah
Waste Hero - Puan Farah
Waste Hero - Puan Siti Hanieza
Waste Hero - Puan Siti Hanieza
Arca Merdeka - Puan Marina
Arca Merdeka - Puan Marina