UUM Press telah mengadakan Resensi Buku Hubungan Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945- 1955): Konflik dan Kompromi secara dalam talian pada 14 September 2022. Program ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa dan Prof. Madya Dr. Mohd Kasri Saidon sebagai moderator.
Program ini mengupas isi kandungan buku yang memaparkan kisah hubungan Melayu-Cina selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1945-1955). Sesi ini turut mengupas kisah tragik yang pernah berlaku dalam sejarah tanah air seharusnya dijadikan iktibar terutamanya oleh generasi milenium yang kurang menggemari dan mengambil berat aspek sejarah serta ketatanegaraan. Kemampuan mengimbas kembali perit jerih membangunkan tanah air ini akan menyuburkan aspek kecintaan terhadap Malaysia. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini demi kemajuan dan keutuhan bangsa Malaysia. Keharmonian dan kedaulatan negara harus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.