UUM Press dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) mengambil inisiatif mengadakan “Sesi Penerangan Penerbitan Tesis Ke Buku” untuk ahli akademik yang berminat menukar tesis kepada buku pada hari ini. Seramai 15 orang peserta terdiri daripada para pensyarah menghadiri sesi ini.
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Rosma Ishak, Timbalan Pengarah, UUM Press bertujuan untuk memberikan pemahaman tambahan tentang proses penerbitan dan manuskrip berbentuk tesis yang dimurnikan menjadi satu manuskrip buku.
Penghasilan tesis ke buku amat berfaedah agar hasil penyelidikan itu dapat memberi memanfaat kepada masyarakat. Selain itu, peserta juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan penerbit.