All News

UUM Press antara pemenang dalam Anugerah MAPIM-KPM 2018

 

Buku terbitan UUM Press telah terpilih sebagai pemenang dalam Majlis Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah (MAPIM) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018. Buku Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan Penyebaran di Dunia Islam hasil karya Mohd Faizal Harun dan Muhamad Hazwan Abd Razak telah menerima Sijil Penghargaan bagi kategori Buku Ilmiah Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 27 Jun yang lalu.

Sijil penghargaan terebut disampaikan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching yang mewakili Menteri Pendidikan bersama Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM

Buku “Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan Penyebaran di Dunia Islam” sebelum ini pernah menerima Anugerah Buku Negara bagi kategori Buku Umum Terbaik Kategori Pengajian Islam pada April lalu.

Pada tahun ini, sebanyak 10 anugerah dipertandingkan meliputi pelbagai kategori yang telah disampaikan kepada penerbit yang menjadi ahli dalam MAPIM. Anugerah yang telah diadakan sejak tahun 2007 ini dianjurkan bertujuan  untuk memberi pengiktirafan kepada penerbit yang menghasilkan penerbitan buku dan jurnal yang bermutu tinggi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani.