UUM PRESS ONLINE: PWTC, Kuala Lumpur, 1 April 2019 – Dua buku terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Buku Negara dalam dua kategori iaitu Buku Umum Terbaik Kategori Pengajian Islam dan Penyunting Terbaik.
Buku “Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan Penyebaran di Dunia Islam”, hasil penulisan Mohd Faizal Harun dan Muhamad Hazwan Abd Razak telah memenangi Anugerah Buku Umum Terbaik Kategori Pengajian Islam sementara Anugerah Penyunting Terbaik dimenangi Rosma Ishak, Ketua Seksyen Buku di UUM Press bagi buku bertajuk “Busana Tradisional Negeri Sembilan”.
Sebanyak 86 anugerah dipertandingkan meliputi pelbagai kategori yang telah disampaikan kepada para penerbit buku bagi mengiktiraf warga industri penerbitan buku di negara ini.Majlis Anugerah Buku Negara 2019 disempurnakan Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Abd. Samad Menteri Wilayah Persekutuan.