7 September 2017, SINTOK - Isu meningkatkan sitasi jurnal dan individu sangat penting dan rekfleks kepada ranking dan rating universiti. Menyedari akan kepentingan isu ini, UUM Press mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Teknik Meningkatkan Sitasi. Bengkel yang diadakan di EDC, UUM ini disampaikan oleh Prof Madya Dr. Nor Azwadi Che Sidik Ketua Pengarang Jurnal Akademia Baru. Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada sidang pengarang dan pensyarah UUM yang berminat untuk meningkat sitasi penulisan dan jurnal masing-masing hadir ke bengkel ini.
Dalam bengkel ini, Prof. Madya Dr. Azwandi turut berkongsi pengalaman beliau dalam menulis dan menjadi panel penilai bagi jurnal Scopus yang diterbitkan oleh Elsivier. Sebanyak 23 tips untuk meningkatkan sitasi penulisan makalah jurnal turut dikongsikan bersama dengan peserta bengkel. Dalam bengkel ini juga peserta didedahkan dengan garis panduan dan strategi untuk membolehkan makalah yang ditulis oleh mereka supaya dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.