All News

Bengkel pembinaan judul buku komersial

 

KUALA LUMPUR 22 MEI 2017 – UUM Press dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku telah menganjurkan satu bengkel pembinaan judul buku komersial bersama para editor buku UUM Press dan penulis komersial di Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur.

Bengkel sehari yang dikendalikan oleh CEO Perbadanan Kota Buku sendiri iaitu Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar bertujuan untuk mengenal pasti projek buku komersial yang boleh diusahakan yang berfokus kepada jualan dan pemasaran. Sejajar dengan kehendak Universiti yang mensasarkan KPI UUM Press sebanyak 1.2 juta pada tahun 2017, UUM Press perlu mencari alternatif menerbitkan judul-judul ilmiah secara komersial yang boleh menjamin keuntungan.

Beberapa nama selebriti dan tokoh korporat telah disenaraikan sebagai ikon untuk terlibat  dalam projek penulisan buku yang menjadi titik permulaan kepada penerbitan yang menjana pendapatan.

Penulis komersial yang terdiri daripada pelbagai bidang dan pengalaman akan dilantik sebagai penulis bagi menjayakan projek penulisan buku seumpama ini.