UUM Press Online – UUM Press menggunakan pengalaman En. Mohd Zaini Nasri selama 17 tahun sebagai Pegawai Perhubungan Awam UUM untuk mendalami teknik Perancangan Media dalam Pemasaran Buku. Beliau yang juga pernah bekerja sebagai wartawan di Utusan Malaysia telah berkongsi pengalamannya dalam bidang kewartawanan berkaitan dengan bidang tersebut dalam Bengkel Media yang diadakan pada 19 April 2017 di Bilik Mesyuarat UUM Press.
Antara topik yang disentuh dalam bengkel ini ialah Asas Penulisan Berita, Penulisan Siaran Media berkesan, Penganjuran Sidang Media berkesan dan Perancangan Pemasaran yang berkesan. Turut dibincangkan ialah 17 langkah yang strategik dalam pemasaran buku.
Semua staf dari setiap seksyen di UUM Press menyertai bengkel ini yang turut juga dihadiri oleh Pengarah UUM Press iaitu Prof. Madya Dr. Ram Al Jaffri bin Saad.
Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini diharap dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua staf bagi meningkatkan lagi strategi pemasaran buku pada masa akan datang sekaligus meningkatkan jualan buku terbitan UUM Press.