All News

Pengurusan risiko tanggungjawab bersama

 

UUM Press Online: UUM Press telah menganjurkan satu taklimat berkaitan pengurusan risiko dan telah diadakan pada 5 April 2017. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Shahrul Nizam bin Ahmad dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, UUM COB (Unit Pengurusan Risiko), di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UUM Press.

Taklimat yang dihadiri oleh semua staf UUM Press ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada staf tentang pengurusan risiko terutamanya di pusat tanggungjawab masing-masing. Dalam taklimat tersebut diterangkan tentang jenis risiko yang berkemungkinan berlaku di tempat kerja. Laporan risiko boleh diisi dengan menggunakan borang Kes Analysis Form. Beliau juga berkata semua staf di setiap jabatan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang ada kerana mereka lebih memahami tentang persekitaran di jabatan itu sendiri. Beliau berharap supaya semua staf dapat bekerjasama dalam menangani risiko di jabatan masing-masing agar tiada kejadian yang buruk akan berlaku.