All News

Facebook bukan sekadar untuk santai

 

01 Mac 2017, SINTOK – Media sosial Facebook bukan sekadar untuk santai atau suka-suka sahaja. Statistik pengguna Facebookdi Malaysia sahaja hampir mencecah 20 juta orang. Ini jelas menunjukkan wujud peluang keemasan dalam konteks pemasaran melalui saluran Facebook.  Sesi Talk Pemasaran Facebook yang diadakan  sempena Pesta Buku Utara 2017 telah berkongsi kaedah yang betul untuk memasarkan produk dalam dunia pemasaran dengan menggunakan kos yang rendah melalui penggunaan Facebook.

Sesi talk ini disampaikan oleh Encik Fakhrul Anuar Aziz, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi berlangsung pada 28 Februari 2017,  di Auditorium 1, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Sesi ini mendapat sambutan penyertaan yang  menggalakkan dari pempamer pesta buku iaitu penerbit penerbit universiti, pelajar dan kakitangan UUM dan pelajar luar UUM.

Menurut Encik Fakhrul, tujuan sesi talk ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan untuk memasarkan produk melalui medium Facebook berdasarkan empat kunci pemasaran iaitu ‘nampak, kenal, suka dan percaya’.  Penggunaan Facebook Ads merupakan strategi pemasaran yang menggunakan kos yang rendah, mudah dan cepat sampai kepada pengguna sasaran”, tambah beliau.

Bagi menarik minat golongan sasaran, pemilihan produk untuk dipasarkan mestikan produk yang‘hot’ seperti pakaian muslimah, tudung/shawl, kosmetik dan pakaian kanak-kanak. Berbekalkan testimoni, iklan mampu meyakinkan pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan.Turut dikongsi teknik-teknik membuat Faceboo kFans Page untuk memperkenalkan lagi produk yang dipasarkan. Pemilihan audiens dan panduan harga yang berpatutan perlu dititikberatkan bagi memastikan produk yang dipasarkan melalui Facebook dapat diterima ramai. Penggunaan Facebook Fans Page yang hanya menggunakan modal RM5 sehari dapat melariskan jualan dengan cepat.