Sintok, 28 Februari 2017: Seminar Undang-Undang dan Etika Dalam Penerbitan salah satu program yang dianjurkan oleh UUM Press sempena Pesta Buku Utara 2017. Seminar ini berlangsung pada 28 Februari 2017 yang bertempat di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Seminar ini diadakan bagi memberi panduan kepada peserta berhubung dengan hak cipta dalam penulisan dan penerbitan. Pada masa yang sama juga, dapat mendedahkan peserta tentang akta- akta yang terlibat dalam penerbitan seperti hasutan, fitnah, akta mesin cetak dan undang-undang dalam siber serta dapat meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu dan etika yang perlu dipatuhi dalam penerbitan sebagai seorang penulis.
Menurutnya, akta-akta ini perlu diketahui oleh semua orang khususnya bagi seorang penulis agar apa yang diterbitkan dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang dalam penerbitan dan tidak berlaku perkara yang dapat mendatangkan masalah. Turut sama membentang kertas kerja, Encik Mohamed Fairuz Mohd Pilus, Pengarah Bahagian Hak Cipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu MyIPO telah memberi pendedahan mengenai Akta Hak Cipta dalam penulisan dengan kupasan yang lebih mendalam kepada peserta yang hadir supaya peserta dapat memahami dengan baik mengenai Akta tersebut dalam penerbitan.
Peserta yang terlibat dalam seminar ini adalah dalam kalangan pensyarah dan pelajar yang berminat dalam dunia penulisan serta berhasrat untuk menerbitkan karya yang dihasilkan. Jadi, dengan adanya seminar ini dapat memberi panduan dan pendedahan yang berguna kepada para peserta mengenai undang-undang dan etika dalam penerbitan pada masa akan datang.
Oleh: Mas Idati Binti Ramli