All News

News Paper Cutting/Articles І Buku memoir Zainuddin Maidin dilancar

 

Kosmo Online:  1 Mei 2016

SERDANG – Perjalanan hidup Tan Sri Zainuddin Maidin daripada seorang wartawan sehingga dikenali sebagai Menteri Penerangan kini dibukukan bagi memberi inspirasi kepada orang ramai tentang bagaimana kejayaan masih mampu dicapai walaupun de­ngan bermula dari bawah.

Memoir berjudul Saya Bukan Menteri itu mengisahkan tentang Zainuddin, 77, yang merupakan seorang anak kampung dan berpelajaran rendah, namun berjaya mencapai kejayaan dalam dunia kewartawanan.

ZAINUDDIN (kiri) menunjukkan buku memoir berjudul Saya Bukan Menteri kepada Johan pada pelancaran buku itu sempena Pesta Buku Antarabangsa 2016 di UPM, Serdang semalam.

Zainuddin yang dianugerahkan Tokoh Wartawan Negara pada tahun 2006 mengakui, beliau tidak pernah menyesal sepanjang menceburi bidang penulisan kerana ia mengajarnya satu pengalaman dan pengertian hidup yang bermakna dalam kehidupan serta karier politiknya.

“Buku ini adalah satu me­moir perjalanan penting dalam hidup saya yang terpaksa bermula dari bawah sehingga mampu menjadi aset kuat untuk maju serta mencapai kejayaan.

“Pengalaman yang paling berguna bagi saya ialah ketika bergelar wartawan kerana pada masa itulah saya mengenali setiap ‘wajah sebenar di sebalik wajah’. Saya rasa semua wartawan faham apa yang saya maksudkan ini,” katanya.

Sumber Artikel : Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48teNMiqP