Sifat yakin pada diri sendiri, berusaha, gigih dan inovatif adalah antara elemen yang perlu ada pada setiap individu dalam mencapai kemajuan diri. Menurut YBerusaha Prof. Dr. Kamil Md. Idris, Dekan Pusat Pengajian Perakaunan, selaku penceramah jemputan Ceramah Motivasi UUM Press yang diadakan pada 02 Disember 2015 bertempat di UUM Press menyatakan staf perlu berubah jika ingin berjaya dan maju.
Beliau juga menekankan bahawa kerja berpasukan (team work and smart work) adalah gabungan penting dalam menjayakan perancangan dan sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi. Hal ini perlu diikuti dengan niat dan doa dalam melakukan setiap perkara itu kerana Allah SWT. Seramai 35 orang staf UUM Press telah menghadiri sesi ceramah ini. Ceramah motivasi ini merupakan salah satu aktiviti kelab kebajikan dan pihak pengurusan UUM Press untuk meningkatkan motivasi semua staf dalam menempuh tahun 2016.