All News

Buku bidang kewangan dan perbankan islam akan dilancar di TIBF 2016

 

Tiga judul buku bidang kewangan dan perbankan Islam dalam bahasa Jepun akan dilancar di Tokyo International Book Fair 2016 (TIBF 2016) pada September 2016.

Perbincangan mengenai perancangan penerbitan buku-buku tersebut berlangsung di UUM Press pada 30 November 2015 yang dihadiri oleh Mr. Arai Takuji wakil Japan-Malaysia Association (JMA), Dr Ram Al Jaffri Saad Pengarah UUM Press, Pn. Rosma Ishak Penyelaras Projek Buku Jepun, En. Hasrom Haron Felo UUM Press, Pn. Hjh. Umisofian Md Yusuf Penolong Pengarah UUM Press dan pengarang-pengarang buku tersebut.

Ketiga-tiga judul manuskrip tersebut ditulis oleh pensyarah UUM iaitu Islamic Finance Fundamentals oleh Shahriza Osman, Dr. Zahiruddin Ghazali dan Dr. Syed Mohamad Naim (SEFB); Basic Transaction in Islamic Banking and Finance oleh Dr. Sabariah Nordin dan Dr. Zaemah Zainuddin (SEFB) dan The Basic of Islamic Finance oleh Dr. Akhmad Affandi Mahfudz dan Ahmed Umar (IBS).

Manuskrip asal akan diterbit dalam bahasa Inggeris dan akan diterjemah ke bahasa Jepun untuk dijual dan diedarkan di Jepun melalui rangkaian kedai buku Kinokuniya Jepun.  Projek penerbitan buku ini adalah hasil kerjasama UUM Press dengan JMA, ITBM dan Kinokuniya Jepun.