All News

Resensi buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran Agama dan Politik

 

 28 April 2015 / 09 Rejab 1436H

UUM ONLINE - Pelancaran dan Program Resensi Buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran Agama dan Politik telah diadakan pada 25 April 2015 di Dewan Utama PWTC bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2015 menampilkan Dato’ Abdul Jalil, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf dan Prof. Dato’ Mohammad Abu Bakar, Profesor di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya sebagai pembicara buku. Manakala moderatornya ialah Pengarah UUM Press sendiri iaitu Dr. Ram AlJaffri Saad. Buku ini ditulis oleh Dr. Ismail Yusoff.

Dalam mengenang kembali sejarah kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mantan Menteri Besar Kelantan, tentu rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan tidak akan pernah melupakan sumbangan dan kepimpinan beliau yang penuh suka dan duka.

Tuan guru bukan sahaja seorang ulama malah sebagai seorang pentadbir. Beliau merupakan seorang yang tekun dan sabar dalam mendidik masyarakat untuk mematuhi Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna walaupun dalam pelbagai kaum.

Walaupun Almarhum telah pergi, nilai-nilai baik hendaklah diteruskan, disambung serta ditambah baik oleh pemimpin yang seterusnya untuk membangkitkan kebaikan dalam masyarakat bagi mengikut jejaknya dan mengarap nilai kebaikannya.