15 April 2015
UUM PRESS ONLINE : Pada 12 April 2015 (Ahad) yang lepas, satu taklimat berkaitan dengan prosedur operasi standard telah diadakan oleh perunding khidmat nasihat profesional yang dilantik oleh UUM Press kepada semua staf Pejabat Am Pentadbiran dan Kewangan dan Seksyen Produktiviti dan Jualan. Perunding khidmat nasihat profesional tersebut ialah Encik Mohamad Naimi Bin Mohamad Nor, Encik Dzarfan Bin Abdul Kadir dan Encik Mohd Syahrir Bin Hj. Rahim. Mereka telah menyediakan satu kertas cadangan S.O.P dan membentangkannya kepada staf yang terlibat termasuk Pengarah UUM Press.
Semua staf mendapat pendedahan yang lebih jelas mengenai pengoperasian dan pengurusan stor buku. Sesi soal jawab juga dikendalikan dengan berkesan dan baik sepanjang taklimat diberikan.