15 April 2015 / 25 Jamadilakhir 1436H
UUM Press Online – UUM Press menganjurkan Bengkel Biografi-Memoir UUM Press bertempat di EDC-UUM pada 15 dan 16 April 2015.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada penulis jemputan dari sekitar Kedah dan pensyarah UUM untuk menerbitkan karya biografi dan memoir tokoh-tokoh yang terdapat di bahagian Utara Semenanjung, khasnya dari negeri Kedah.
Penulis jemputan yang hadir dari luar ialah mereka yang berpotensi untuk menerbitkan karya biografi dan memoir dengan UUM Press. Manakala beberapa orang pensyarah UUM yang dikenal pasti berminat dalam projek Biografi-Memoir juga turut hadir.
Bengkel Biografi-Memoir ini memberi tumpuan kepada tokoh dan pemimpin seperti Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh, Naib Canselor pertama UUM, tokoh pentadbir di Kedah, khasnya anggota Kedah Civil Service, tokoh sejarah negeri Kedah, tokoh politik Kedah, tokoh pendidik dan ramai lagi tokoh yang tersohor di Kedah.
Bengkel ini dipimpin oleh Prof. Dr. Roosfa Hashim, Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusoff, Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Dr. Zahidi Dato’ Zainal Rashid, Dr. Ismail Yusof, Encik Mohamad Mahmud, Encik Shahizan Affandi Zakaria, Encik Rejab F.I dan Encik Hasrom Haron sebagai penyelaras bengkel ini.