02 April 2015 / 12 Jamadilakhir 1436H
UUM PRESS ONLINE : Isu pengantarabangsaan penerbitan jurnal sering menjadi keutamaan baik dalam bidang akademik mahupun bagi mereka yang terlibat dalam industri penerbitan. Perkara ini selaras dengan dasar universiti yang menggalakkan ahli akademik untuk menerbitkan makalah ke dalam jurnal yang diindeks oleh pangkalan data antarabangsa
Mengambil kira isu ini, pihak UUM Press telah mengadakan satu taklimat berkenaan penetapan kriteria jurnal berimpak tinggi. Taklimat yang diadakan di Dewan Seminar C, berlangsung selama setengah hari dan telah dihadiri oleh ketua dan ahli-ahli sidang pengarang jurnal di UUM.
Taklimat ini disampaikan oleh Pn. Zamimah Osman, Pegawai Penerbitan UUM Press, beliau telah menggariskan beberapa kriteria penting yang perlu diikuti untuk membolehkan sesebuah jurnal tersebut diindeks oleh pangkalan data berindeks. Turut hadir ialah pengarah UUM Press, Dr. Ram Al-Jaffry Mohd Saad.
Taklimat yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli sidang pengarang jurnal di UUM. Di samping dapat menjadi satu platform kepada ahli-ahli sidang pengarang jurnal untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi masalah yang dihadapi dalam menguruskan penerbitan jurnal di UUM.