02 April 2015 / 12 Jamadilakhir 1436H
UUM PRESS ONLINE : Satu pertemuan antara UUM Press dengan wakil 46 pempamer Pesta Buku Utara 2015 yang terdiri daripada pengedar dan penerbit buku telah diadakan di Auditorium PSB pada 25 Mac yang lalu. Selain untuk mendapatkan komen dan cadangan daripada pihak pempamer bagaimana untuk menambahbaik penganjuran Pesta Buku Utara pada masa depan.
Pertemuan ini bertujuan untuk mencari peluang kerjasama dalam pemasaran buku terbitan UUM Press. Beberapa pengedar buku telah bersetuju untuk membantu memasarkan buku UUM Press. Sementara itu, antara cadangan yang diketengahkan meramaikan pengunjung ke Pesat Buku Utara ialah supaya pihak UUM sedia menyediakan “shuttle bus” dari bandar yang berdekatan seperti Changlun, Jitra dan Alor Setar.