All News

The Politics of Bangsa Malaysia 'Best Seller' di Kinokuniya KLCC

23 APRIL 2014 / 23 JAMADILAKHIR 1435H

UUM ONLINE: Buku hasil karya Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dato' Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak bertajuk 'The Politics of Bangsa Malaysia: Nation-Building in a Multiethnic Society' menjadi buku terlaris atau 'best seller' di Kinokuniya, KLCC.

Buku terbitan UUM Press itu juga berjaya menembusi kedai-kedai buku utama seluruh negara seperti MPH, Borders dan semua kedai buku utama di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, buku tersebut yang baru seminggu memasuki Kinokuniya berjaya mengetepikan buku bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew bertajuk ‘One Man’s View Of The World’ yang berada di tangga ketiga ‘best seller’.

Dilancarkan pada Mac lalu oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, 'The Politics of Bangsa Malaysia' berkisarkan politik negara yang sentiasa menjadi isu utama di Malaysia iaitu mengenai senario politik negara dalam menerokai proses pembinaan negara dan bangsa pasca 1970-an terutamanya dalam konteks wawasan membina Bangsa Malaysia atau 'Bangsa Malaysia Bersatu' seperti termaktub dalam projek Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991.

Buku ini menyediakan perspektif alternatif dalam analisis hubungan etnik negara dan bangsa di Malaysia, dengan demikian meluaskan kefahaman politik dan masyarakat Malaysia.

Buku tersebut juga boleh dibeli secara online di www.uumpress.com.my.