All News

Pelancaran buku terbitan UUM Press

UUM Sintok – Pada 28 Disember 2011 telah berlangsungnya majlis pelancaran buku UUM Press di ruang legar kedai buku UUM PressBookstore. Ia dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan, pengarang buku, stafdan pelajar UUM. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Razak Saleh telah meluangkan masa melancarkan 9 buah buku terbitan UUM Press pada majlis tersebut. Antara buku yang dilancarkan pada majlis tersebut ialah Pengajaran dan Pembelajaran  dengan Teknologi Komputer, Comparative Housing Sales and Purchase Agreements Under The Malaysia, Singapore and New South Wales Housing Laws, Legal Issues In The Rehabilitation of Abandoned Housing Projects, Agenda for Sustaining Small and Medium-Sized Enterprises, Kompetensi Kepemimpinan dan Budaya Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia, Perdagangan Antarabangsa: Teori dan Analisis, Aplikasi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam, Pengaruh Pemikiran Ulama  di Semenanjung Malaysia Abad ke-20 dan  Persekitaran dan Kesihatan  Masyarakat.

Pada majlis berkenaan, Timbalan Naib Canselor (P& I) menekankan tentang pentingnya warga akademik untuk menulis buku ilmiah ataupun jurnal bagi memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Selain daripada itu, beliau menegaskan bahawa penerbitan buku ilmiah merupakan salah satu kriteria penting yang diambil kira untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan (RU) pada tahun 2013. Pihak universiti juga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada staf akademik untuk menghasilkan penerbitan ilmiah melalui beberapa insentif yang diberikan. Majlis ini juga diserikan lagi dengan bacaan puisi oleh pelajar UUM dan diakhiri dengan lawatan Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Razak Saleh ke kedai buku UUM Press.