All News

Pensyarah UUM raih hadiah Makalah Jurnal Terbaik Anugerah MAPIM 2009

24 Mac 2010

Kumpulan pensyarah UUM yang terdiri daripada Dr. Zainol Bidin, Prof. Madya Dr. Kamil Md. Idris dan Dr. Faridahwati Mohd. Shamsudin dari UUM COB telah berjaya meraih hadiah Makalah Jurnal Terbaik bidang kemanusiaan dan sains sosial dalam majlis Anugerah MAPIM 2009 melalui makalah berjudul “Predicting Compliance Intention on Zakah on Employment Income in Malaysia: An Application of Reasoned Action Theory” yang diterbitkan dalam Jurnal Pengurusan (Jilid 28, Julai 2009) terbitan Penerbit UKM.

Mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000 serta sijil yang disampaikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam majlis yang berlangsung pada 21 Mac baru-baru ini di Hotel Legend Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama juga YB Dato’ Saifuddin telah melancarkan buku-buku terbitan anggota  MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia).  Buku terbitan Penerbit UUM yang dilancarkan ialah “Cyberjaya: Space and Sociality” tulisan Dr. Norhafezah Yusof dan “Fundamental Issues in Small and Medium-Sized Enterprises” oleh Prof Dr. Mohd. Khairuddin Hashim.

fundmntalcybrjaya

anugrhmpimHadiah lain yang dimenangi pada malam Anugerah MAPIM 2009 ialah buku “Bustan Al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers” oleh Jelani Harun terbitan Penerbit USM yang memenangi kategori Buku Terbaik bidang kemanusiaan & sains sosial.  Kategori Buku Terbaik bidang sains, teknologi & perubatan juga dimenangi oleh kumpulan pengarang dari USM Ahmad Sofiman Othman, Niels Jacobsen dan Mashhor Mansor melalui buku “Cryptocoryne of Peninsular Malaysia: A Portrait of an Enchanting Plant Genus” terbitan Penerbit USM. Pemenang menerima hadiah wang tunai RM12,000 dan Penerbit menerima hadiah RM3,000 bagi setiap bidang.

Selain itu kumpulan pensyarah dari USM juga iaitu Shamani Supramaniam, Rosihan M. Ali, See Keong Lee dan V. Ravichandran  memenangi kategori Makalah Jurnal Terbaik bidang sains, teknologi & perubatan melalui makalah berjudul “Convolution and Differential Subordination for Multivalent Functions” yang diterbitkan dalam Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol. 32 No. 3, 2009.

Manakala bagi kategori Editor Naskhah Buku Terbaik, tiada pemenang bagi kedua-dua bidang pada tahun ini.  Hadiah yang disediakan ialah RM7,000 bagi setiap bidang.

Anugerah MAPIM yang mula diperkenalkan pada tahun 2008 ini hanya dibuka pencalonan kepada Penerbit yang menganggotai MAPIM sahaja.  Terbitan yang diterbitkan oleh Penerbit bukan anggota MAPIM tidak layak dicalonkan.  Bagi Anugerah MAPIM 2009, Penerbit UUM telah dilantik oleh Jabatan Pengajian Tinggi sebagai Urus Setia Jawatankuasa Pemilih Anugerah