English Arabic Chinese (Simplified) Malay

Sumbangan Awang Had Salleh Sebagai Tokoh Pendidikan Jadi Topik Perbincangan Bicara Tokoh

 

Kehebatan dan sumbangan beliau ini menjadi topik utama dalam program berkenaan yang membicarakan buku bertajuk “Awang Had Salleh: Legenda Pendidikan Global Malaysia” hasil penulisan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan.Dua orang panel pembentang telah dijemput untuk membicarakan buku biografi yang telah memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Buku Umum Terbaik (Tokoh Pendidikan) 2019 baru-baru ini iaitu Dato’ Mohd. Yusof sendiri dan juga Profesor dari Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof. Dato’ Dr. Abdul Kadir Din yang di mudah cara oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Nuraini Yusoff, Ketua Penyelaras Bahasa Melayu, Jabatan Canselori UUM.Dato’ Mohd Yusof dalam pembentangannya telah membicarakan sejarah kehidupan Awang Had Salleh dan perihal kecintaan Allahyarham dalam bidang pendidikan manakala Dato’ Abdul Kadir pula menceritakan tentang sumbangan dan pengalaman beliau semasa berada di bawah perkhidmatan Allahyarham.

 

Turut hadir ialah Prof. Dr Ayoib Che Mad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Encik Salleh Hudin Mustafa, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah,Selain membicarakan tentang jasa Awang Had Salleh, turut menjadi tumpuan ialah pameran Puisi Tipografi Awang Had Salleh Mengenang Tokoh Pendidikan Negara yang mengumpulkan empat puisi untuk memperingati jasa Allahyarham. Keempat-empat puisi berkenaan akan dipamerkan di UUM Press Bookstore di Varsity Mall selepas program berkenaan.Program Bicara Tokoh Pendidikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Awang Had Salleh adalah sebuah program jalinan kerjasama antara UUM Press dan pelajar latihan industri dari bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Print Email