English Arabic Chinese (Simplified) Malay

UUM Press Sumbang Buku Kepada SMK Sultanah Bahiyah

Majlis penyerahan telah berlangsung di Bilik Gerakan SMK Sultanah Bahiyah. Penyerahan sumbangan buku itu bertujuan untuk meningkatkan koleksi buku di Pusat Sumber sekolah berkenaan yang akan mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (PSS) Peringkat Kebangsaan. Sebelum itu SMK Sultanah Bahiyah telah dinobatkan sebagai Johan PSS Negeri Kedah.

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UUM Press yang dilaksanakan pada tahun ini dan SMK Sultanah Bahiyah merupakan sekolah pertama bagi program itu. Program CSR berkenaan akan diperluaskan lagi apabila UUM Press akan menjelajah sekolah-sekolah di sekitar Kubang Pasu.

Bersempena dengan majlis serahan sumbangan itu, satu program resensi buku telah diadakan yang dihadiri 80 pelajar tingkatan empat sekolah berkenaan.

Tiga judul buku telah dibicarakan dan diulas oleh penulis-penulis buku berkenaan iaitu A Treasury of Moral Values: A Story A Day hasil karya Prof. Madya Dr. Mukhriz Izraf Azman Aziz; Jom Berpuisi: Pantun, Syair, Soneta & Gurindam oleh Azmi Rahman dan Barakah Kehidupan karya Dr. Zuridah Hanim Md Akhir.

Selain memberi peluang kepada penulis untuk membicarakan dan mengulas buku masing-masing, program resensi ini juga merupakan salah satu program mempromosikan hasil penerbitan yang telah dihasilkan.

Program resensi ini juga merupakan salah satu program menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekali gus menyokong hasrat kerajaan dalam menjayakan kempen “Dekad Membaca Kebangsaan”.

Print Email