Lawatan Kerja Penerbit UIAM di UUM Press

Kunjungan delegasi berkenaan yang diketuai Prof. Dr. Roosfa Hashim selaku pengarah penerbit bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman antara UUM Press dan Penerbit UIAM terutamanya dalam hal penerbitan buku, grafik, pemasaran dan percetakan. Pertemuan selama lebih kurang tiga jam ini secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan di samping menjalin ikatan kerjasama yang lebih kukuh di antara kedua-dua penerbit.

UUM Press, terutama sekali Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Ram Al Jaffri Saad, amat mengalu-alukan kunjungan delegasi berkenaan dan senang berkongsi idea bagi tujuan mengukuhkan lagi industri perbukuan negara.  Delegasi telah dibawa melawat ke Anjung Tamu dan UUM Press Bookstore sebelum membuat lawatan di UUM Press.

Print