Resensi Buku Sejarah Tarekat Pertumbuhan dan Penyebaran di Dunia Islam

Mohd Faizal Harun dan Muhamad Hazwan Abd Razak, penulis bagi buku berkenaan telah diberi peluang membincangkan dan mengupas inti pati hasil penulisan mereka. Menurut Mohd Faizal, ilmu tarekat tidak seperti ilmu Islam yang lain kerana agak kritikal dalam perbahasan ilmiah terutamanya bagi mereka yang tidak bersetuju dengan ajarannya. Buku ini membicarakan sejarah tarekat yang mencakupi makna dan tokoh sejarah tarekat dalam dunia Islam. Sementara itu, Muhamad Hazwan berpendapat karya ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan kedudukan dan sejarah tarekat itu sendiri agar menjadi penilaian yang bermakna buat mereka yang ingin mengetahuinya dan memahaminya. Kupasan lain yang telah diresensikan oleh kedua-dua penulis tersebut meliputi bab-bab yang terdapat dalam buku dan dijelaskan secara mudah agar pembaca memahaminya. Buku ini merupakan buku kedua Mohd Faizal selepas penerbitan buku “Tasawuf dan Terekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia” diterbitkan oleh UUM Press pada 2015. PBAKL 2018 sedang berlangsung dari 27 April hingga 6 Mei 2018, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Print