Dua Jurnal UUM Terima Pengiktirafan Jurnal CRÈME 2019

Journal of Information and Communication Technology (JICT) menerima pengiktirafan bagi kategori Sains, Teknologi dan Perubatan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kali ketiga dimenangi oleh JICT yang sebelum ini menerima Anugerah Crème pada tahun 2016 dan 2017 bagi kategori jurnal berpotensi dan berprestasi tinggi diindeks dalam  Scopus.

Malaysian Journal of Learning & Instruction (MJLI) menerima pengiktirafan  bagi kategori Sains Sosial, Seni dan Kemanusiaan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kali kedua dirangkul oleh MJLI yang sebelum ini menerima Anugerah Crème pada tahun 2017 bagi jurnal berpotensi .

Anugerah jurnal telah disampaikan oleh Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan  Pendidikan Tinggi.  Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.

 

 3cream2019  

Print